Khamis, 11 Ogos 2011

Utusan Malaysia Online - Utara

Utusan Malaysia Online - Utara
UUM kedua terbaik di dunia

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my




Prof Dr. Mohamed Mustapa Ishak (tengah) bersama anugerah yang dimenangi di Pulau Pinang, kelmarin.

--------------------------------------------------------------------------------


KUBANG PASU 9 Ogos - Universiti Utara Malaysia (UUM) meraih tempat kedua dalam kalangan 20 institusi pengajian tinggi terbaik dunia daripada segi penggunaan paling tinggi pangkalan data maklumat Emerald bagi 2010.

Ketua Pustakawan UUM, Salleh Hudin Mustaffa berkata, ia peningkatan daripada tempat ketiga pada tahun sebelumnya sejak pangkalan data maklumat Emerald mula diperkenalkan pada 1967 oleh MCB University Press yang kini dikenali shttp://www.blogger.com/img/blank.gifebagai Emerald Group Publishing Limited (Emerald) yang beribu pejabat di United Kingdom.

“Lebih 45,000 organisasi termasuk universiti terkemuka, sekolah perniagaan, jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat terkenal dari seluruh dunia melanggan pangkalan data maklumat ini,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian anugerah Emerald di Pulau Pinang semalam.

Pada majlis itu, Pengurus Perniagaan Emerald, Amex Tan menyampaikan anugerah tersebut kepada Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustapa Ishak.

Dua pensyarah dari UUM College of Busines (COB), Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Nordin Wan Hussin dan Dr. Nurwati Ashikkin Ahmad Zaluki teruskan bacaan....