Khamis, 11 Ogos 2011

Utusan Malaysia Online - Utara

Utusan Malaysia Online - Utara
UUM kedua terbaik di dunia

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my




Prof Dr. Mohamed Mustapa Ishak (tengah) bersama anugerah yang dimenangi di Pulau Pinang, kelmarin.

--------------------------------------------------------------------------------


KUBANG PASU 9 Ogos - Universiti Utara Malaysia (UUM) meraih tempat kedua dalam kalangan 20 institusi pengajian tinggi terbaik dunia daripada segi penggunaan paling tinggi pangkalan data maklumat Emerald bagi 2010.

Ketua Pustakawan UUM, Salleh Hudin Mustaffa berkata, ia peningkatan daripada tempat ketiga pada tahun sebelumnya sejak pangkalan data maklumat Emerald mula diperkenalkan pada 1967 oleh MCB University Press yang kini dikenali shttp://www.blogger.com/img/blank.gifebagai Emerald Group Publishing Limited (Emerald) yang beribu pejabat di United Kingdom.

“Lebih 45,000 organisasi termasuk universiti terkemuka, sekolah perniagaan, jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat terkenal dari seluruh dunia melanggan pangkalan data maklumat ini,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian anugerah Emerald di Pulau Pinang semalam.

Pada majlis itu, Pengurus Perniagaan Emerald, Amex Tan menyampaikan anugerah tersebut kepada Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustapa Ishak.

Dua pensyarah dari UUM College of Busines (COB), Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Nordin Wan Hussin dan Dr. Nurwati Ashikkin Ahmad Zaluki teruskan bacaan....

Selasa, 26 Julai 2011

Info@Pendidik Uniutama

STATISTIK
Bilangan sekolah, murid dan pelajar
(Data pada 31 Januari 2011)

Bilangan Sekolah
Rendah Menengah Jumlah
7,709 2,271 9,980

Bilangan Murid (Enrolmen)

Prasekolah 176,822
Rendah 2,859,921
Menengah 2,296,034
Jumlah 5,332,777

Bilangan Guru


Lelaki Perempuan
Rendah 70,895 161,200
Menengah 55,555 121,114
Jumlah 126,450 282,314


sumber KPM


Status kemaskini

Kami memohon maaf kerana baru berkesempatan mengemaskini blog disebabkan bberapa faktor trmasuklah kkangan masa. kami akan brusaha memastikan blog ini sntiasa dikemaskini pada masa akan datang. untuk makluman semua, blog ini adalah seliaan exco Multimedia dan pPenerbitan Pendidik. diharapkan semua warga Pendidik Uniutama akan terus mnyokong blog rasmi ini....

Cuti semester hanya tinggal sebulan lbih lagi. Makna nya tdk lama lagi kita akn memulakan sesi bru 2011/2012. Diharapkan cuti yg bersisa ini dapat diisi dengan aktiviti yg berfaedah. tahniah diucapkn kepada pelajar ROS kerana telah berjaya menamatkn tugasan mereka. diharapkan ilmu yang diperolehi ketika menjalankan ROS dapat dijadikan satu panduan dan persediaan bagi menjalani RLM. Kepada para pelajar yang masih menjalankan RLM teruskan berusaha dan smoga selamat menamatkan praktikum dengan jayanya.

Berilmu Menjana 1 Transformasi

Rabu, 13 April 2011

Taklimat ROS dan RLM tahun 2011


Dimaklumkan kepada pelajar program Pendidikan bahawa taklimat Rancangan Orientasi Sekolah(ROS) dan Rancangan Latihan Mengajar(RLM) bagi tahun 2011 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:




Tarikh: 26 April 2011(Selasa)


Masa: 2.00 petang


Tempat: DKG 3/5 (RLM)


DKG 3/6 (ROS)



Para pelajar yang telah mendaftar untuk menjalani ROS dan RLM dikehendaki hadir ke taklimat ini dan kehadiran adalah DIMESTIKAN. Semua pelajar hendaklah mematuhi Etika Pakaian Rasmi Universiti semasa menghadiri taklimat ini.



Harap maklum.

Isnin, 11 April 2011

Penguasaan BI Hanya Boleh Dilakukan Menerusi Bahasa Itu Sendiri

BESUT: Pakar dan pendidik bahasa kebangsaan berpendapat, peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris hanya dapat dicapai dengan cara meningkatkan pembelajaran dalam subjek itu dan bukannya kembali melaksanakan semula Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China Beijing, Profesor Dr Awang Sariyan berkata, kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran tidak sewajarnya berganjak daripada keputusan yang telah diambil pada tahun 2009 untuk memansuhkan PPSMI.

"Keputusan itu bertepatan dengan hasrat mengembalikan martabat dan peranan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara seperti yang telah diasaskan oleh Jawatankuasa Razak 1956 dan kemudian menjadi undang-undang negara dalam Akta Pelajaran 1961 dan seterusnya dalam pindaan Akta Pendidikan 1996.

"Langkah kembali kepada sistem dua aliran (bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris) meskipun dalam subjek-subjek bidang Sains dan Matematik, hanya meruncingkan keadaan dan kedudukan Dasar Bahasa Kebangsaan yang menjadi salah satu asas kenegaraan dan pembinaan negara," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata teruskan bacaan........

(C)mStar Online

Ahad, 27 Mac 2011

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER KEDUA SESI 2010/2011

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER KEDUA SESI 2010/2011

Dimaklumkan bahawa Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Semester Kedua Sesi 2010/2011 boleh dilihat di papan kenyataan DPP, HEA serta lamanweb HEA dan Kolej Akademik mulai 24 Mac 2011 (Khamis).

Pelajar boleh mula mencetak Slip Peperiksaan melalui portal masing-masing mulai 30 April 2011 (Sabtu) hingga 26 Mei 2011 (Khamis).


Sila KLIK di sini

Khamis, 17 Mac 2011

Isu Pendidikan

Memperkemas kurikulum pembelajaran ICT

Utusan Malaysia

Animasi ini berjaya menarik hampir dua juta peserta Youtube walaupun sekadar menunjukkan aksi orang lidi.


Harapan negara untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan pasaran pada masa depan boleh dicapai melalui kurikulum pembelajaran berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sentiasa dikemas kini serta 'bebas' daripada elemen peperiksaan.

Sekiranya falsafah ini gagal dihayati maka proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ICT akan melahirkan 'robot' yang hebat dalam mengingat dan menghafal sahaja.

Hal ini disebabkan guru akan 'menyuap' murid dengan pengetahuan asas mengoperasi komputer dan menggunakan perisian pemprosesan perkataan di samping mengenali peranti serta perkakasan komputer sahaja.

Manakala murid pula sibuk menyalin nota dan kurang terlibat dengan aktiviti yang memerlukannya mengeluarkan idea kreatif apatah lagi untuk berinovasi.

Lebih malang apabila teknologi yang diajar sudah ketinggalan zaman seperti penggunaan disket untuk menyimpan data dan bukannya pendrive.

Sepatutnya murid didedahkan kepada penggunaan aplikasi atau perisian yang melibatkan reka bentuk, grafik, animasi serta imej tiga dimensi (3D).

Bimbing dan ajar murid dengan pengetahuan asas menggunakan perisian tersebut. Kemudian beri tugasan bertema yang memerlukan kreativiti dan imaginasi mereka seperti menghasilkan watak adi wira, mencipta kenderaan masa depan atau membuat alat kegunaan peribadi.

Berikan kebebasan untuk murid mencipta dan berinovasi waima yang dihasilkan itu sekadar orang lidi.

Untuk rujukan, dalam Youtube banyak animasi orang lidi dan ia .....(lagi)Utusan Malaysia Online - Pendidikan

coretan CAS day `2011



Tahniah kpd team pendidik kerana telah menjuarai 4 in 1 World Relay Competition walaupun team mghadapi msalah di saat akhir... diharapkan lebih banyak penyertaan drpd ahli pendidik untuk CAS day yang akan datang...hidup pendidik!!!

untuk melihat koleksi gambar seterusnya...sila klik



Jumaat, 4 Mac 2011

Buletin Pendidikan KPM keluaran Disember 2010


sila klik imej di atas untuk paparan penuh Buletin Pendidikan edisi Disember 2010

kredit(C)blog rasmi KPM

Rabu, 2 Mac 2011

~CAS DAY 2011~

UUM CAS DAY 2011 GLOBAL AWARENESS
Tempat: Depan Bangunan Ekonomi
8 Mac 2011

Tentatif Program CAS DAY

8.00 a.m - Perarakan
9.30 a.m - World Tradisional Game
11.00a.m - 4 in 1 World Relay Competition
2.00 p.m- World Competition so you think you can

Semua dijemput hadir. Sira disediakan.

sesiapa yang berminat utk menyertai aktiviti2 yang disediakan pd hari tersebut sila rujuk FB pendidik uniutama


JAWATANKUASA PENDIDIK SESI 2010/2011

Senarai Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan

-------------------------------------------

YDP : Mohammad Wafuiddin Bin Zaaini

NYDP : Mohd Hafiz Bin Abu Bakar

Setiausaha 1 : Siti Aliah Bt Rosli

Setiausaha 2 : Rushima Bt Ya

Bendahari : Anastasia Gibbie Alexander

---

Exco Latihan & Akademik

*Ayunni Jalilah Bt. Jaafar

*Nur Hasyimah Bt Samsudin

---

Exco Kerohanian & Kebajikan

*Muhammad Akhimullah Bin Hamid

*Abdul Rahman Bin Ramlan

---

Exco Multimedia & Penerbitan

*Ahmad Razuan Bin Razali

*Grace Anak Peter

---

Exco Sukan & Rekreasi

* Mohamad Nizaf Bin Johari

* Nor Amilawani Bt Syukri

---

Exco Komuniti & Integrasi Kaum

*Pow Mei Ling

*Nor Suzila bt Ismail

---

Exco Keusahawanan &Ekonomi

*Liaw Yun Khong

*Hazimah Bte Hussin

---

Exco Hubungan Luar & Antarabangsa

*Elizabeth Jerry

*Nurul Ain Binti Abdullah

---

Ketua Bidang

*Mohd Faizal Bin Mohd Othman(BBA)

*Muhamad Firdaus Bin Ahmad (IT)

*Ladi Anak Andrew (Moral)

*Mohd Azlan Bin Kasby (Perakaunan)

*Nurul Sheilla Amira Bt Aminnordin (Kaunseling)

Khamis, 24 Februari 2011

post cubaan

BLOG PENDIDIK UNIUTAMA merupakan blog rasmi persatuan pengurusan pendidikan universiti utara Malaysia. kami di barisan kepimpinan persatuan sesi 2010/2011 mengalu alukan kedatangan semua pengunjung ke blog ini. melalui blog ini kami berharap dapat dijadikan medium penyampaian maklumat kepada semua warga PENDIDIK UNIUTAMA. Diharapkan juga dengan kewujudan blog ini dapat memberi manfaat kepada semua khususnya warga PENDIDIK UNIUTAMA.

Ahad, 13 Februari 2011

cubaan 1.2.3....PEndidik UNiutama

persatuan pengurusan pendidikan
universiti utara malaysia
uum college of arts and sciences